Pengalaman dahulu dan Sekarang

“Ternyata tindakan saya itu tepat. Kini saya telah tahu menjahit. ”
Selepas terlihat satu iklan kelas jahitan ini dalam email, tanpa membuang masa saya terus membuat pendaftaran. Beberapa minggu selepas itu saya menghadiri program bengkel tersebut. Ternyata tindakan saya itu tepat. Kini saya telah tahu menjahit. Tidak perlu menghabiskan banyak duit dan bosan menunggu untuk mengupah dari orang lain. Maklumlah sekarang ini harga barang-barang keperluan pun tengah naik. Satu lagi, yang paling best, sekarang saya pulak boleh mengambil upah tempahan pakaian dari orang lain. Duit pun bertambah!

“Hendak memenuhi masa yang terluang dengan kegiatan bermanfaat"
Saya mengikuti kelas jahitan ini kerana hendak memenuhi masa yang terluang dengan kegiatan yang bermanfaat. Maklumlah anak-anak kesemuanya dah besar dan bekeluarga sendiri. Selama ini saya banyak menghabiskan masa untuk mencari maklumat bagaimana memulakan menjahit pakaian. Saya juga ada membeli beberapa buah buku berkenaan menjahit, tetapi masih banyak persoalan belum terjawab. Dengan menghadiri program bengkel ini, ia telah menjawab segala persoalan saya selama ini dan telah menjimatkan banyak masa saya. Tenaga pengajar pula telah berkongsi banyak maklumat yang berguna. Cara penyampaiannya pun mudah difahami dan amat menarik.


“Seolah-olah tangan saya dipimpin langkah demi langkah"
Jika anda masih baru atau tidak tahu langsung tentang kaedah menjahit, bengkel ini adalah trek pantas untuk memendekkan "learning curve" anda. Saya tidak langsung berasa kekok ketika mempelajarinya. Seolah-olah tangan saya dipimpin langkah demi langkah. Bengkel jahitan ini juga memang padat, berkesan dan harganya cukup berpatutan. Saya juga ada mendengar, ada di antara mereka yang menghadiri kelas jahitan ini telahpun membuka butik atau kedai menjahit sendiri. Hmm itulah impian saya jugak.

“Tiada had umur. Saya bercadang untuk menghadiri lagi ke program pakej lanjutan"
Saya difahamkan bahawa kelas jahitan ini tiada had umur. Kepada mereka yang sememangnya tercari-cari kelas jahitan, saya rasa memang takkan rasa rugi menghadiri bengkel ini. Banyak teknik dan maklumat yang berguna akan dipelajari. Satu lagi yang saya suka tentang bengkel ini ialah tentang cara penyampaiannya. Mudah faham dan tidak membosankan. Kini saya bercadang untuk menghadiri lagi ke program lanjutan bengkel ini. Saya juga rasa tak mustahil untuk menjadikan kebolehan menjahit ini sebagai sumber pendapatan tambahan saya.

Mereka-Mereka Yang Telah Berjaya...Impian Terlaksana ! TAHNIAH!!

0 comments:

Post a Comment

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!